Saturday, 3 December 2011
Tuesday, 12 July 2011
Kalau Bidadari ada , Bidadara ada tak ?
klik pada gambar untuk tumbesaran
===========================================================
klik pada gambar untuk tumbesaran
Dah lama aku tertanya tanya soalan yang macam ni tapi baru hari ni aku dapat jawapannya.
Bidadara tak ada, apa yang Allah dah tetapkan tu mesti ada sebabnya :)
Akhirnya terjawab jua persoalan yang sukar untukku tanya :)
Full Article :
credit syahirul.com
.
Sunday, 3 July 2011
(Renungan) Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?
Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..
moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~ renung-renungkan da selamat beramal :)
P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.
Sumber : layar minda
lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..
moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~ renung-renungkan da selamat beramal :)
P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.
Sumber : layar minda
Thursday, 23 June 2011
Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah S.A.W. yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah :
1. Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan Solat Sunat, Solat Fardu dan Solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap hari Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim).
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih). Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda, Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada bulan Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. "Jangan marah" diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah S.W.T
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. "Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah."
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain dapat membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi.
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Oleh Ustaz Zawawi Yusoh
Misteri Lebuhraya Karak
Ini bukan skrip filem Karak terbitan KRU tetapi kisah seram di Lebuhraya Karak.
Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.
“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”
“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.
Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.
“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”
“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.
Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.
“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.
“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.
Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.
Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.
Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.
Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.
Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.
Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.
Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.
Friday, 17 June 2011
Yes , I Can
YOU CAN’T CLIMB UP THE WALLS, CHAIR. YOU’RE A CHAIR.
YOU ARE AN INATIMATE OBJECT MADE FOR ELEVATED SITTING, NOT SPIDERMAN…
CHAIR, YOU’RE DRUNK.
Tuesday, 14 June 2011
Wanita Cantik Sedarkan Hassan Basri
HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.
Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik.
Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”
Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”
Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu.
Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?” Jawab Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.” Wanita itu berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki.”
Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.
Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.
Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata. “Sungguh tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang.”
Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu.”
Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf segala kesalahannya.
Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku.
Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari.
Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga.
Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”
Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”
“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.
Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.
Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah.
Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorang di sisi Allah kecuali iman dan taqwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)








